Awesome Books : Sharing quotes² daripada buku Jadid Hayatak(perbaharuilah hidupmu) v.1

Saya sememangnya penggemar buku semenjak mengenali tarbiyah. Sebabnya ia mengajarkan saya menerokai satu alam theorie yang saya sentiasa boleh praktikkan. Yang sentiasa buatkan saya tercari² dimana lagi ruang untuk saya perbaiki. InsyaAllah saya akan coretkan bagaimana perjalanan saya sebagai seorang pembenci buku² esp buku² keagamaan kepada pencinta buku² seangkatan dengannya. 

Tapi dalam thread yang kali ini, insyaAllah saya kongsikan beberapa kata² daripada buku favourite terkini saya Jadid hayatak (perbaharuilah hidupmu) karangan Sheikh Muhammad Al Gazali yang saya rasanya ianya refreshing dan satu tazkirah yang sangat baik untuk kita selami dan ambil pelajaran dan seterusnya menjadikan ianya satu tauladan untuk kita praktikkan dalam kehidupan sehari².

Sebenarnya semua quotes² dibawah dicatatkan dalam buku nota saya. Cumanya saya punyai tulisan tangan yang hanya saya sahaja yang boleh fahami, maka sy tak kongsikan nota saya disini dan hanya isinya sahaja insyaAllah.

  1. Usaha itu tidak dapat dilakukan oleh orang yang hanya  berperanan  seperti gerabak pengangkut barang. Ia hanya memindahkan suatu pengetahuan kepada orang lain tanpa memahami dan mengamalkannnya dalam kehidupan sehari -hari. Orang semacam itu tidak layak menjadi pendidik yang bicara dan menyampaikan kebenaran.
  2. Orang yang sanggup menguasai dirinya dalam lingkungannya, seraya tetap menjaga kebebasan dan semangatnya menghadapi kesulitan dan persoalan, pasti mampu berbuar banyak tanpa menunggu dorongan dan bantuan daripada luar untuk mewujudkan hasrat dan cita².
  3. semakin lama anda menunda perubahan, semakin dekat pada kehancuran dan kebinasaan. Semakin dekat pula pada bencana dan kegagalan
  4. Hawa nafsu akan melalaikan mereka sehingga setiap sisi kehidupannya dipenuhi dengan penuh kezaliman dan keingkaran.
  5. Risau akan kesulitan yang belum terjadi adalah satu kebodohan terbesar. Itu biasanya lahir daripada andaian yang diciptakan oleh sikap pessimis.
to be continued..

Kommentare

Love..love..